Wednesday, January 26, 2011

BERAKHIRNYA SEBUAH KEBAHAGIAAN

Berakhirnya sebuah kebahagiaan dalam keperitan

Setiap manusia di berikan kehidupan masing-masing. Ada yang baik dan ada yang buruk pekertinya, ada yang cukup sifatnya dan ada pula yang kurangya, ada yang kuat dan ada yang lemah. Kadang-kadang kehidupan memeritkan dan menyiksakan. Tak sentiasa pasang dan tak sentiasa surutnya. Tapi tak semua nikmat yang ada akan di beri pada manusia. Hanya insan yang terpilih dariNya akan menerima nikmat dan hidayah. Kita sebagai manusia biasa, hanya mampu berusaha dan berdoa kepadaNya.

Semenjak dari kecil, aku tak pernah merasa belaian seorang ayah, walaupun seorang ayah itu wujud dalam hidupku semenjak lahir lagi. Ayah kandungku tak pernah lekat di rumah, asyik keluar dan pulang sehingga larut malam. Ayah yang sepatutnya memberi kami nafkaf kepada ibu, menjalankan tanggungjawab pada anak – anak, tak pernah secebis pun perasaan kasih sayang dan tanggungjwab ayah kepada ibu dan kami semua. Seolah-olah kami ini anak tiri ayah dan kami ini tidak pernah wujud di sisi ayah. Ayah selalu pulang dalam keadaan mabuk. Kami tak pernah melihat ayah sembahyang, berzikir dan berdoa kepada Allah S.W.T.. Ayah tak pernah menadah tangan memohon ampun dan rahmat daripadaNya. Ayah seorang yang kejam. Langsung tidak mengenal erti agama dan langsung tidak pernah bersyukur atas nikmat yang di beri. Jahilnya ayah terhadap agama. Setiap kali pulang dari perjudian yang ayah bangga-banggakan, air haram yang di minum oleh ayah, ibuku pula menjadi mangsa pukulan ayah. Deritanya ibu tidak terkata, air mata ibu tak pernah lekang dari pipi, tak pernah aku melihat ibu tersenyum, tak pernah aku melihat ibu ceria, yang aku lihat hanyalah wajah sugul ibu, redup mata ibu diperlakukan ayah. Ayah hanya berjasad manusia tetapi berhati binatang.

Suatu malam yang sunyi, “Nah! Oi Maznah!! Kau pekak ke ape, buka pintu ni!!, aku nak masuk!”,kata ayah menjerit-jerit memanggil ibu,menyuruh ibu membuka pintu. Terkial-kial ibu menuju ke pintu,baru membuka pintu, satu penerajang singgah di perut ibu. Kejamnya ayah perlakukan ibu sedemikian rupa. Air mata ibu tak pernah lekang. Siksanya hati ibu,jasad ibu diperlakukan ayah, seorang isteri yang sepatutnya mendapat belaian kasih sayang seorang suami, tak pernah di hitung oleh ayah. Tabahnya hati ibu, menerima semua dugaan ini. Bagi ibu ini adalah ujian dariNya. Acapkali ibu berpesan pada kami adik-beradik, ini semua ujian, ini tandanya Allah sayangkan kita. Sedangkan aku tahu ibu hanya berkata-kata di mulut sahaja,sedangkan di dalam hatinya tiada siapa yang tahu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Semenjak dari kejadian itu, ayah tak pernah pulang ke rumah,ibuku pula terpaksa membanting tulang siang dan malam. Demi kami semua, ibu hilangkan sakit dan deritanya. Ibu tak pernah kenal erti jemu untuk menyara kami adik beradik, kerana pendapatan ibu tak seberapa hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Ibu telah menyerahkan adikku yang bongsu kepada orang lain. Ya Allah, peritnya kehidupan kami, apakah hidayah dan makna sebenar kehidupan ini. Sekian lama kami kian derita, adik-adikku di berhentikan sekolah kerana ibu tak larat nak menampung kami lagi. Kini hanya tinggal aku. Aku yang kena belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengecewakan usaha ibu. Ibu, akan ku dukung harapan mu itu sampai ku berjaya di menara gading dan akan ku capai cita-cita yang ku pendam selama ini. Akan kakak buktikan pada ayah, martabat seorang perempuan adalah tinggi dan mulai dari saat ini aku tidak akan percaya mana-mana lelaki.

Hari ini, di dalam PWTC ini anak ibu telah buktikan yang anak ibu ini boleh mencapai kejayaan. Aku telah menerima MBBS. Selama 5 tahun aku merantau ke Negara orang mencari ilmu , membanting tulang dan kudratku untuk mengecapi cita-citaku. Syukur ke hadrat Ilahi hasil sumbangan pelbagai pihak dan juga semangat daripada ibuku telah menaikkan aku di PWTC ini.

Kini sudah 3 tahun aku bergelar doktor, Nur Farisha Farihin. Telah aku bukakan sebuah klinik, hasil usaha titik peluhku dengan rakan kongsiku sewaktu belajar dahulu. Kini, tiada lagi wajah duka ibu seperti dahulu, perit ibu telah aku hilangkan dengan kejayaanku. Adik-adikku telah aku sekolahkan kembali dan begitu juga dengan adik aku yang bongsu, telah ku ambil kembali. Aku tak nak kami adik-beradik berpisah. Biarlah kami susah dan senang bersama.

“ Kakak, tak pergi kerja ke hari ini, “sahut ibu sambil mengambil tempat di sebelah ku. “tak lah ibu, hari ini kakak ank duduk rehat kat rumah bersama-sama ibu kakak yang tersayang ni,” kataku sambil berbaring di dalam pelukan ibu. Aku lihat raut wajah ibu sugul, apalah yang ibu tengah pikirkan agaknya. “Akak, kakak tak  teringin ke untuk berkahwin, kakak dah semakin dewasa, semua kakak dah ada,apa lagi yang kakak tunggu,”. Ibu mengeluh hampa. Berat untuk aku berkata-kata membuka mulut untuk menjawab pertanyaan ibu. Maafkan kakak ibu, kakak serik. Kakak tak nak apa yang berlaku pada ibu,terjadi juga pada kakak. Cukuplah perit yang ibu tanggung, kakak tak sekuat ibu. “Ya Allah,berdosakah aku apabila aku tidak menuruti kata-kata ibu. Terlintas juga kadang-kadang di hati ingin memiliki suami dan hidup bahagia tapi apa yang berlaku dahulu di depan mataku,membuatkan hati aku tertutup untuk berumah tangga dan untuk memaut kasih pada seorang lelaki.

Pagi yang biasa aku lalui, sesampainya aku di klinik, “ Kent, semalam ramai patient tak?, macammana kerja kau, banyak ke?,baru aku bagi pelepasan sehari dah macam ayam berak kapurla kau ni,”. “ Aku ok lah Isha,tak ramai pun patient semalam, banyak yang kena demam biasa je, stndartla musim tak menentu, cuma aku rindukan kau je semalam,hahahhaha”.katanya sambil menjeling ke arahku. Ish, buang tebiat mamat sorang ni. “ko jangan nak gila lah kent, aku ni perempuan kolot,kekampungan lagi tak cantik pun,ko buta ke”, “ Ikut kau lah isha yang penting aku tau, dan aku sayangkan ko, ko je yang jual mahal dengan aku”, makin serius mamat ni dengan aku,takut aku dibuatnya. Maafkan aku  Dr Mohd Firdaus, aku tak bersedia lagi untuk semua ini. Kent terus pergi meninggalkan aku. Kadang-kadang rasa kesian pun ada, dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dan jemu melafazkan cinta pada aku. Ya Allah,andai aku dijodohkan dengan dirinya ,biarkanlah kami bahagia dan kekal ke akhirnya. Terlalu banyak pesakit hari ini,langsung aku tak sempat untuk berehat begitu juga dengan Kent. Banyak yang kena demam panas,mungkin faktor cuaca yang tak menentu, pencemaran udara pun kian banyak berlaku, lapisan ozon semakin nipis. Makin lemah antibodi manusia untuk menghalang antigen asing yang menyerang tubuh manusia terutama di kalangan kanak-kanak yang memerlukan lebih perlindungan kerana antibodi mereka terlalu lemah. Sebagai seorang doktor aku kena berusaha sedaya upaya merawat mereka dan aku tak pernah mengenal erti jemu melayan karenah pesakit yang datang kerana inilah rezekiku dan cita-citaku. Dah jam 10.00pm.aku bergegas pulang ke rumah. Aku lihat lampu di bilik Kent masih lagi terpasang dan ku buka pintu bilik Kent “ Kau tak balik lagi Kent, banyak lagi ke kerja kau”, kataku pada Kent. “ Dah,tak dala Isha, tapi kalau aku balik awal pun nak pergi mana,bukan ada awek pun apatah lagi bini,ada pun jual mahal,apela nasib aku,” mengeluh Kent memandang wajahku. Aduhai mamat ni, touching lebih la. Nak pujuk punya pasal, aku ikutkan saja kehendaknya untuk makan malam bersama. Di situ jugalah Kent melamar aku, “Isha,aku harap kali ni ko takkan tolak lagi lamaran aku,aku betul-betul sayangkan kau,bagi aku peluang untuk aku bertakhta di hati kau,”. Sambil menyarungkan cincin permata ke jari manisku. Lidah aku tiba-tiba kaku untuk mengeluarkan kata. Malu aku di pandang orang yang ada di restoran tu.

Akhinya hari kebahagiaan aku telah muncul. Hari pernikahanku berjalan dengan lancar dan aku telah menjadi seorang isteri dengan hanya sekali lafaz. Ibu tersenyum gembira melihat apa yang dihajatinya telah tercapai. Walaupun aku diwalikan hakim tapi Kent tak pernah ambil tahu. Rakan-rakan yang pernah belajar bersama dulu ramai yang hadir memeriahkan majlis aku dan Kent. Inilah hari yang paling indah dalam hidup aku. Seorang lelaki yang menyintai aku sepenuh hati.

“ Kakak, lepas ni janganla ganas-ganas lagi, jangan nak berkepit dengan mak lagi. Kakak dah ada suami, jagala elok-elok dan jadilah isteri yang solehah dan jangan ingkar kata suami melainkan suami mengaibkan akak”, ibuku mengucup dahiku. “ ya, ibu kakak faham,” sambil memeluk ibuku. “dah la,akak dah ada suami,pergola pada suami, kesian Kent baru kahwin dah kena tinggal”, ibu menjeling ke arahku. Aku berlalu pergi meninggalkan ibu menuju ke kamarku bersama Kent. Aku masuk ke bilik dan melihat Kent menunggu aku. “ Isha, sini dekat abang,” aku hanya menurut kata suamiku, merona merah mukaku apabila berada di sisi Kent. “lepas ni, jangan panggil abang ko dan bahasakan diri aku lagi, sekarang abang dah jadi suami Isha,jadi abang nak Isha panggil abang papa dan Isha bahasakan diri mama,boleh kan sayang,”aku hanya menganggukkan kepala, “tutup lampu tu silau la,lagipun papa dah penat,senyum sinis Kent memandang aku. Aku berlalu dan menutup lampu, hanya kesamaran yang dapat ku lihat dan wajah papa,suamiku. Malam itulah berputiknya perasaaan sayang dan cintaku pada Kent.

Kini, perkahwinanku telah berusia setahun dan aku pun telah di kurniakan cahaya dari Ilahi, kandungan aku yang kini berusia 4bulan. Al-hamdulillah dari rezekimu,akan ku didik anak ini supaya menjadi anak soleh dan solehah dan tidak pernah melupakan diriMu. Rutin harian ku tak pernah berubah, aku dengan Kent bersama-sama ke tempat kerja, cuma aku kian penat disebabkan membawa orang ketiga,anak yang bakal aku lahirkan.” Mama,mari makan,papa suapkan,kesian baby papa dia dah lapar tu. “baby je,mama ni tak laparla erk,so papa belah perut mama ni ambil baby ni,bagi kat baby je,jangan bagi kat mama. “ Alah,mama ni macam tu pun nak touching,makin sensitive nampak,ok2 jangan merajuk. Jom makan sama,meh sini sayang papa,” sesuap nasi di suapkan pada aku. Bertuahnya badan dapat suami sebegini rupa, tak pernah menyakitkan hati aku dan mencederakan aku seperti yang ayah aku perlakukan pada ibu

Bayi dalam perutku menendang-nendang. Sakitnya bukan kepalang, “ sayang mama,jangan tendang-tendang mama sakit tau, mama nak kerja ini. Nanti lahir kalau baby mama lelaki mama akan namakan Mohd Hazriq Huzaimi dan kalau perempuan mama akan namakan Nur Farah Aqilah Najwa. Sedap kan nama tu,” hari ini aku terlalu penat, kaki pula kian membengkak kerana terlalu kerap berjalan dan mengakibatkan aku semakin sukar bergerak. “ mama, jom balik sayang, mama penat ye, meh sini papa dukung mama buyut papa ni,” “jangan nak mengadalah papa, malu mama. Mama larat lagi nak berjalan ni,” “ Ok, intan payung, manje papa, sayang papa,jom. Kesian mama buyut ni,” hai nasib laki aku, dan aku pun tengah sarat mengandung, kalau tak tahula nasib kau Doktor Ahmad Firdaus Kamil. Aku hanya menghitung hari bila baby ini akan keluar. Aku tak pernah scan bila baby ini akan keluar, sengaja aku nak buat kejutan pada papa dan inilah hadiah aku pada papa.

Pada suatu malam, “ Papa,bangun papa,mama sakit ni,tolong mama,”. Kent cepat-cepat bangun dan bertanya kepada aku, Kenapa mama, sakit dah ke, kejap ye sayang papa panggil emak. Kent berlalu pergi meninggalkan aku dan datang kembali bersama ibu. Ibu menghampiriku, “ Sabar ye nak, bawa mengucap bnyak-banyak, anak pertama memang macam ni,”. Kent memapah aku menuju ke kereta, ibuku jua menurut sekali.

Aku tak larat menanggung kesakitan lagi. Ibuku hanya berdoa. Mulutnya terkumat-kamit membaca surah di telingaku supaya aku lebih bertenang. Tiba-tiba “Papa!!!’ aku menjerit melihat lori melawan arus dihadapan kereta kami. Aku terasa dentuman yang amat kuat dan dunia aku kian gelap gelita,ibu papa…mane kamu semua.

“ kakak, bangun kakak,”. Terkedip-kedip mata aku melihat sekeliling, dimana aku berada sekarang. Aku lihat ibu,hanya duduk di kerusi roda dengan kaki yang berbalut. Aku lihat adik-adikku berwajah sugul memandang aku. Aku rasa perutku, kosong. Tiada lagi denyutan jantung yang sentiasa aku dengar, tiada lagi tendangan yang sering ku rasa. “ Ibu, baby kakak mane bu, mane baby kakak!,” jatuh airmata ke bumi.sedihnya hati aku. “kakak mengucap banyak-banyak, baby kakak selamat, kembar lagi sorang perempuan dan seorang lagi lelaki, cuma,” kata-kata ibu hanya sampai di situ. Ibu tunduk dan hanya air mata mengalir di pipi ibu. Aku rasa ada sesuatu yang aku telah kehilangan adakah papa? “ ibu, suami kakak mane bu, mana. Kakak nak tunjukkan baby ni pada dia, ni hadiah akak pada dia bu,ibu mane suami kakak,” ibu mengucap banyak kali dan meluahkannya “ Kakak, Kent dah tiada, Allah lebih sayangkan dia,nak. Doktor tak dapat selamatkan arwah kerana pendarahan dalam kepala yang amat teruk dan darah arwah susah nak dapat, ibu harap kakak kuat demi anak-anak kakak,” ibu memelukku. Papa, nape papa tinggalkan mama, kenapa terlalu awal papa pergi tinggalkan mama. Ya Allah,terlalu cepat kebahagiaan aku, Engkau meragutnya dengan begitu pantas tanpa sempat aku memohon ampun pada arwah. Aku menangis airmata darah sekalipun, papa takkan kembali lagi, datang jururawat kepadaku.” Kakak, ini pesanan terakhir daripada arwah yang sempat saya coretkan daripada arwah. Aku membuka lipatan surat itu,
            Sayang mama,
Andai papa pergi dahulu bukan bererti papa tak sayang, papa sayangkan mama sepenuh hati papa. Papa minta maaf tak dapat bersama dengan mama. Tak dapat melihat anak-anak papa. Tapi papa tetap doakan mama agar mama kuat tanpa papa. Anggaplah ini suratannya,didiklah anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah, maafkan papa sayang.

Hanya sampai di situ coretan arwah pada aku. Itulah ketabahanku dari papa. Akan mama didik anak-anak kita supaya menjadi anak soleh dan solehah. Ibu datang kepadaku dan hanya airmata membelah kesepian di malam itu. Dr Ahmad Firdaus Kamil telah kembali ke rahmatullah…seseorang yang menyayangi aku sepenuh hati.

Kini genap 7 tahun arwah kembali ke rahmatullah dan anakku Mohd Hazriq Huzaimi dan Nur Farah Aqilah Najwa telah ku didik seadanya. Papa anak kita dah besar, yang lelaki saling tak tumpah macam papa. “ Mama, kenapa papa adik ada dalam tanah,dia tak sudi ke tengok adik lagi, kata anakku Hazriq. “ Bukan sayang, papa nak tengok cuma papa jauh je dari kita, papa sayangkan anak-anak mama,mari sedekahkan alfatihah pada papa,” Ya Allah,tabahkanlah hatiku untuk menerima segala ujian dan dugaan dariMu. Papa, mama akan tabahkan hati ini demi anak-anak kita. Mama akan teruskan kehidupan ini bersama anak-anak. Semoga papa di tempatkan di golongan yang beriman. Amin

No comments:

Post a Comment