Wednesday, May 25, 2011

kau dan aku

Saya rasa saya perlu create cerpen tuk awak sebab saya rasa ini berbaloi walaupn tanpa cinta tapi saya akan simpan awak di dalm cerpen ini dan bg saya cinta saya terahadap awak tk pernah luput.

            BERmulanya sebuah kisah aku dan dia,yang mulanya aku baru mengenali apa erti penghijrahan dan erti berjauhan dengan keluargaku umtuk meneruskan perjuanganku dalam menuntut ilmu. Aku telah mendapat tawaran belajar di sebuah kolej swasta, dan di situ bermulanya aku hidup di sebuah Bandar..tak sangka hajat aku untuk menyambung pelajaran akhirnya tercapai. Bermulanya sesi orentasi selama seminggu,aku dapt kawan baru, Sue dan Azman. Sorang berasal dari Pahang dan seorang lagi dari Johor..kedua2nya sebaya aku dan kami dari jurusan yang sama Diploma Teknologi Makmal Perubatan ( Medical Laboratory Technology) dan juga kami di letakkan di kelas yang sama..setiap semester pointer kami tak pernah jauh. dan Azman selalu yang teratas. Biasalah dia tak macam aku,yang selalu study last minit..dia sentiasa alert dalm kelas,amali sentiasa hantar tepat pada waktu,tak macam aku yang rajin ponteng kelas dan aku tak pernah buat ujian amali..kalau aku buat ujian amali macam pensyarah aku suruh mesti aku Berjaya juga macam Azman dan Sue.
            Bila cuti semester dan dapat duit Ptpn,aku selalu poskan duit pembelajaran aku separuh ke kampung sebab aku tahu adik-adikku masih belajar dan mereka jua perlukan wang untuk  meneruskan pembelajaran mereka.Apabila aku merantau,baru aku mengerti pengertian rindu pada keluargaku di kampong halaman,cemburu aku melihat kawan2ku yg keluar dengan famly,keluar makan bersama,indah nya semua tu..tapi perasaan sedih terhadap keluargaku,ku hanya pendamkan demi pengajianku dan masa depanku. .
            Dari semester ke semester aku lalui dan harungi dengan perasaan sabar dan tenang .Bila semester keenam,malam tu aku dapat satu berita yang bekas kekasihku dahulu telah dimasukkan ke lokap atas kesalahan mengedar dadah dan malam tu aku terus meseg dia, “salam,awak memang sengaja tipu saya atau  apa? adik awak cakap,awak dimasukkan ke dalam lokap,betulker? Awak tipu eh..saya dah tak cintakan awak,awak jgn la meraih simpati cam ni,saya tak suke”..dan aku pun kirimkan pada number 017******* . tiba2 handsetku berkumandang lagu Ajai dan Nurul Aku cinta Aku rindu..dalam hatiku berkata “aik,kata masuk lokap,boleh balas meseg ker,pelik tol la,”.aku membuka meseg lalu membacanya “sapa ni? Bila saya masuk lokap lak nie,saya meniaga la”, . Alamak aku rasa tu betul dah nombor talifon Jamal,kenapa orang lain yang jawab plak..aku pun tak nak panjang kan cerita just reply je apa yang dia mesej “erm,sory awak,saya salah number kot.ok la eh papai”, aku ingatkan sampai situ je hubungan mistik aku dengan si dia berakhir ..” ish,ada lagi mamat ni reply meseg aku..” “ ko ni saper ah,,main2la ko ni..aku tau ko kawan aku lau tak takkn ko paggl aku papai” dalam hati aku membara gila..aku dah mintak maaf cakap camtu lak…memang nk kena jantan ni..then aku terus col mamat tue…”erm,hello,salam awak saper erk,pesal paggl ko n aku,kan saya dah mintak maaf dah la, dia pun jawab”erm,kalau awak tak kenal napa paggil saya papai,tu means awak sengaja permainkan saya, lahai mamat ni dah salah paham rupanya..aku maksudkan papai tu bye bye…hahaha tergelak aku mendengarnya..dari situ aku bermula berkawan dengan seorang lelaki yang puncanya dari nama PAPAI.
            Lama gila aku kenal dia dalam talifon dan satu hari dia ajak aku keluar..ishhh,takutnya aku..aku tak berani nk keluar dengan orang tak kenal ni..dah la muka dia aku tak pernah tengok. Ishh,kalau tua kerepot mati aku..tapi dier cakap umur dia 26 tahun,takkan tua sangat kot..then aku amik keputusan malam tu untuk jumpa dia. Aku suruh dia datang di hostel aku. Mujur la dia tahu mana lokasi aku duduk, sebab aku sendiri pun tak tahu area mana aku duduk..maklumla aku banyak abiskan masa dekat rumah dan terperap dalm bilik main game. Aku just pakai baju t-shirt kaler merah dan suar jean. Dia talifon aku dan bagitahu dah sampai.Dia menaiki kereta kancil warna kelabu .aku pun turun dan aku lihat mamat yang ada dalm kereta kancil kelabu.,dari jauh aku nampak dia terlalu tua..datang dekat,boleh tahan gak handsome mamat ni..comel lak tu. Tu la first date aku, di Shah alam ni. Dia Nampak macam baik,time tu dier perkenalkan diri dan nama dier Shahrul Zulhelmi,dari situ bermulanya perasaan kawan dan lama-kelamaan kami cople..Si Shah ni seorang kaki niaga,,dia tak pernah bekerja dimana jabatan kerajaan ataupun swasta..hidup dia dari permulaannya menetap di Shah alam hanyalah dengan meniaga. Siang dia tidur dan malam dia meniaga burger di tepi jalan .Time aku cuti aku selalu ikot dia meniaga,sampai la langsung takde customer,dan dia berhenti menjalankan perniagaan burger dan kerana aku jua dia telah bekerja di sebuah syarikat swasta. Aku pula telah dihantar latihan industri di Hospital. Setiap minggu aku pulang dan menghantar tesis aku pada pensyarah dan dia la yang menjadi driver pada aku time aku pulang ke shah alam.tapi dia tak pernah bising dan mengadu letih melayan karenah aku yang bukan2. mesej dan panggilan fon dari dia taj pernah lekang..masa tu bagiku indah sangat cinta..
            Pada tahun 2009,aku telah brjaya mengenggam segulung diploma dan dari situ aku mula mencari kerja,namun terlalu sukar bagiku untuk mencari kerja yang sama bidang dengan apa yang aku ambil,jadi aku hanya cari keje partime di 7eleven, dia la yang menghantar dan menjemputku pulang dari keje,walaupun kadang2 pagy2 sabtu dan ahad dia kena bangun anta dan ambil aku dari kerja. Setelah dua tahun perkenalan akhirnya helmi ambil keputusan untuk membawa aku berjumpa dengan keluarganya,..masa tu perasaan aku takut sangat. Sesampainya di kampong Helmi,aku lihat rumahnya terlalu besar tak seperti rumah di kampong aku,yang terlalu kecil dan daif..anak orang kaya rupanya mamat ni..dan dia mempunyai 8 org adik beradik dan dia adalah yang bongsu..hurmm apa lagi kejutan yang bakal dia buat lepas ni,aku pun tak tau…Alhamdulillah mak Helmi dapat menerima aku walaupun aku ini bukan berasal dari Selangor dan aku tak mengetahui bahasa jawa…masa mereka tengah berborak.aku diam kan diri dan bila mereka ketawa aku ketawa.apa yang mereka cakap sepatah haram pun aku tak tau..aku main gelak je..kadang2 aku rasa kelakar sebab aku tak  mengetahui bahasa jawa dan aku tak pernah ke kampong macam kampong Helmi,ada pantai,swah padi..memang tenang je kawasannya jauh dari Bandar,,sunyi sepi..
            Helmi talifon aku beritahu pada aku yang dia dapt kerja lain.keje di petaling jaya,gembiranya hati dia bila dia dapat kerja di sana dan gajinya lagi lumayan dari apa yng dia kerja sekarang. Aku tumpang gembira untuk dia.dan bila kerja sedemikian rupa,dia ada masa untuk meniaga bila bazar ramadhan menjelma..aku pula telah bertukar kerja di glenmarie Shah alam. Tak sangka pulak Helmi kena outstation selama sebulan…erm lamanya masa tu..sapa n hantar dan ambil aku dari tempat kerja.Helmi minta tolong dari  kawan dia untuk menghantar i dan mengambil aku dari tempat kerja.hidup rasa sunyi dan aku akan mrindui dia nanti sebelum helmi pergi helmi bawakkan aku ke pasaraya dan dia beli LCD tv 42 inci dan peti ais. “helmi,buat apa awak beli semua ni,kan awak nk pi outstation, awak nak letak barang2 ni dekat mana.” Selamber jer dia jawab,”laa.hadiah ni untuk awak,sempena birthday awak nanti,jadi saya belikan siap,ni hadiah kita..nanti kita akan kawin,awak ttggu jerla,” serius Helmi memandang aku…Ya Allah adakah Muncul hari kebahagiaan untukku nanti. Seronok Helmi bertugas kat sana dan dia pun ada bercerita pada aku yang dia dah pandai berenang. Tak sangka sambil menyelam minum air mamat nie..takpela yang penting dia happy dengan kerja dia.
            Sebulan berlalu,akhirnya helmi pulang dan dia hadiahkan aku 2 helai baju kemeja dan sehelai seluar jeans.aku ingatkan dia dah lupakan aku kat sana..rindunya aku pada dia..tapi aku hanya diamkan sahaja dan mengikut ego ku..diam tanpa erti.
“erm,awak.awak tak rindukn saya ker,sebulan kat sana tau,wak tak rasa sunyi ke kat sini,tanpa saya”, “takda karoke lagu Aku cinta Aku rindu dah,lagu Semangat Zaman,lagu memori sekuntum rindu,awak tak rindu ke kat saya,spongebob awak ni, ishh,mamat ni mengada2 lak,saja buat aku merah padam muke..”alah,makan jerla awak ni,sibuk dengan madah,dia”. Aku pun just makan tanpa membalas kata2 Helmi tadi.”erm,yerla,nk romantic skit pun tak boleh...maafla Helmi,saya sayang awak tapi saya tak nk tunjukkan takut nanti awak berbangga sangat2.
            Dah dua tahun kami cople, dan ari ini genap tarikh 2 tahun aku kenal Helmi,..tarikh ini jugak tarik ramadhan.”helmi,awak ingat tak tarikh ni”, aku Tanya kan pada dia semasa aku tengah bancuh air untuk meniaga di bazaar ramadhan nanti.”ari ni ari khamis 24.8 kenapa nya awak” kata Helmi. Bengang betul aku,dia tak pernah ingat tarikh kami cople,Helmi,tarikh ni la awak maki saya,takkan awak tak ngat dan tarikh ni jugak genap 2 tahun awak dengan saya cople,” “Ala,soryyla tu semua tak penting,yang penting awak tau saya sayang awak dah la”, ishh,dia ni langsung tak romantic,belikan la aku coklat ker,bunga ker,aperla nye pakwe…lagu Aku cinta aku rindu berkumandang di handset Helmi, kali ni pelik.susah betul Helmi nk bagi aku tengok sapa yang meseg dia. Lain macam je dia ni..tak pernah dia macam ni..ah,biarla kawan dia kot..aku terus bancuh air yg masih belum ku siap di bancuh  untuk air bandung cincau,air jagung dan laicikang. Panas gila hari ni,air depan mata,bila2 masa jer aku leh minum tapi aku kena sabar sebab puasa. Kawan aku dah selamba jer minum air..sabar jela dah la tak puasa pastu pi dok tayang lak dekat aku minum air..Helmi asyik menjauhkan dari aku,sibuk dengan handset dia.pelik lak aku..hati aku tak tenang sangat2..tak pernah Helmi macam ni…biarla..bila azan maghrib berkumandang,Helmi hilang lagi dari pandangan,aku bertanya kan kepada Lan rakan seniaga Helmi,” lan,ko nampak tak mana si Helmi pergi,”. “Ala ko ni,pakwe sendiri pun tak pandai jaga,mana lagi kalau dah bukak puasa ni,ke kedai rokok la jawabnya,tak de tempat lain nye dia nak pergi. Ish, mamat ni aku Tanya elok-elok boleh pulak dia peril aku. Aku lihat Helmi dari jauh dengan senyum simpulnya. Aku tengok sampai dua kotak rokok dia beli.” Eh,awak ni,apsal banyak sangat rokok awak beli? Awak nak buat apa banyak2 nie,”dengan perasaan marah, aku terus merampas dua2 kotak rokok dari tangan Helmi. Helmi menengking ke arahku,”Hey, yang awak sibuk sangat kenapa,bukan awak yang isap,saya!.lagipun tengah ada promotion rokok ni,saya beli la, awak jangan banyak  bunyi la. Tak sangka sanggup Helmi memaki aku sedemikian rupa,sampai ati Helmi,aku marah sebab kebaikan dia,bukan aku sengaja nak marah. Malam tu sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut aku dan Helmi langsung tak pernah memujukku. Hari2 aku makan ati je dengan mamat ni. Ish, sabar jela dengan karenah dia ni.
            “Awak,malam esok saya nak balik jumpa mak ambil gula,awak nak ikot tak,”.kata Hemi memandangku. “tengokla la nanti,saya ikut la awak,kalau saya rajin,’ jawabku acuh tak acuh. Helmi berlalu pergi meninggalkan aku, aku lihat talifonnya berkelip2 tanpa ada nada dering seperti selalu,lau aku membaca mesej tersebut yang berbunyi “Sayang,awak dah makan ker,awak sibuk ke,sampai ati awak dah jarang meseg saya,ari tu je kita berjumpa,” terkedu aku seketika,siapa perempuan tu di sisi Helmi dan siapa aku,kenapa sampai hati Helmi perlakukan aku sedemikian rupa..aku hanya berlalu pergi dan meninggalkan Helmi,tanpa berkata apa2. Apa salah aku dan apa dosaku terhadap Helmi..hancur luluh hati aku apabila Helmi buat aku sebegini rupa. Ya Allah kuatkan la hatiku. Aku terus menaip meseg untuk Helmi “ awak,saya sedar siapa diri saya,saya tak layak dan tak sempurna tuk awak,saya tau saya pernah guriskan hati awak suatu ketika dulu,tapi tak semua manusia sempurna wak,cukup la awak tau saya sayang dan cintakan awak sepenuh hati saya,..aku tak tau apa lagi yang mahu aku taip,hanya airmata membasahi pipi,percintaan aku selama dua tahun dengan Helmi,Helmi hancurkan begitu sahaja. Sayunya hati aku hanya tuhan yang tahu..kenapa aku diduga sebegini,kenapa hanya sementara kebahagian aku kecapi.Helmi,helmi,kalau awak tahu bagaimana perasaan saya terhadap awak,awak takkan buat saya sebegini rupa kan,kalau awak tahu sayangnya saya pada awak,awak takkn bercinta dengan orang lain dalam diam2. berkumandang lagu Ajai dan Nurul
                        Bagaimana harus aku menahan rasa rinduku
                        Bila kau tiada disisi
                        Tak dapat ku membayangkan
                        Rasa rindu dalam jiwa,kita sama2 rasa
                        Ku menyayangimu                                             
                        Hingga akhir hayat nanti pastikan bersama
                        Ku mengharapkan mu
                        Untuk meneruskan perjalanan cinta ini
                        Aku cinta
                        Aku rindu         
                        Walau berjauhan ku tahu hatimu
                        Aku cinta aku rindu       
                        Tuhan berkatilah cinta kita berduaaaa
Helmi acapkali menghantar meseg padaku memohon maaf atas kesilapannya dan kerana selama ini dia tak menghargai aku dan segala pegorbanan yang aku telah buat padanya. Susah dan senang selama ini tak pernah aku mengeluh dan tak pernah aku menjauhkan diri darinya. Maafkan saya,Helmi.saya dah tak sanggup sebegini lagi. Cukupla dengan apa yang berlaku. Awak langsung tak menghargai saya dan apa yang saya lakukan selama ini pada awak,awak hanya pandang sebelah mata apa yang saya lakukan selama ini untuk awak. Kasar- kasar saya pun,saya seorang perempuan yang mempunyai hati dan perasaan seperti perempuan lain. Semenjak dari hari itu aku terus menghilangkan diri dari Helmi.
                        Hampir 5 tahun percintaan aku dengan Helmi berlalu dan aku pun telah mendirikan rumah tangga bersama insan lain.tapi kenangan aku bersama Helmi tak pernah aku lupakan,ia sentiasa ada dalam ingatan kerana itulah percintaan pertamaku walaupun kecundang di tengah jalan. Aku dikurniakan seorang cahaya mata lelaki ,Muhammad Zulhelmi. Aku namakan anak aku sempena nama Helmi,walaupun aku tak dapat bersama dengan dia,tetapi aku tetap akan jadikan semua ini sebagai kenangan dalam hidupku dan suamiku jua telah pergi mengadap ilahi semasa Helmi berumur 3tahun kerana menghidap barah otak. Sekarang hanya tinggal Helmi,anak lelaki aku dan juga aku. Ya Allah,ku terima semua dugaanMu dengan tabah,tidak sedikit pun ku mengeluh kepadaMu Ya Allah kerna bagiku Ujian yang Engkau bagi adalah erti Kau menyayangiku..
                        “mama,nanti birthday adik,mama nak kasi apa?,” kata anak tunggal ku helmi. “ kita pergi bercuti nak,kita pergi sunway lagoon,boleh adik mandi,nak tak,”. Anak ku hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Esoknya kami berdua pergi ke sunway lagoon,bukan main seronok Helmi,pagi-pagi dah bangun siap kan barang dia sendiri, dan pakaian renangnya…sesampainya di sana “Helmi,jom,”. Helmi hanya menurut perintah tanpa kata apa-apa. Seronok tengok Helmi main air,kalaula arwah suami ku ada,tak da Helmi sorang-sorang..tak berayah.Alfatihah pada papa,walau apapun dugaan datang,mama tetap akan jaga anak kita,pa. walaupun berat mama pikul,tapi Helmi anak kita. “Helmi!!!,jangan main jauh-jauh nanti mama tak tau Helmi kemana,’ terjerit-jerit aku memanggil Helmi. Tapi kenapa Helmi yang lain pula pandang.ku tatap wajah dia sekian lama, Ya Allah dunia ni kecil,kenapa aku terjumpa Shahrul Zulhelmi di sini. Dia datang menyapa ke arahku,”hye,awak dah kawin dan dah ada anak,bagusla,awak dah bahagia sekarang,’. “hahhaa,haah bahagia,lebih bahagia dari orang yang pernah menghancurkan hati  saya!,’. Entah kenapa,perasaaan marah dan rindu datang kembali kepadaku. Kalau aku ingatkan apa yang Helmi buat suatu ketika dahulu,aku memang tak nak maafkan dia.”mama,sapa pakcik ni?, Tanya Helmi kepada aku. Helmi terus pantas menjawab ‘paNGGIl pakcik Helmi je,” “sama namala macam adik,” terkedu aku tanpa kata apa2. Tepat mata Helmi memandang aku. Aku hanya membatu di situ “ pakcik Helmi,nanti boleh pakcik bawak adik dengan mama jalan2 kan,” makin kuat pula anak aku berceloteh. “EH,papa Helmi tak marah ker?,’ aku harap Anak aku ni tak jawab apa2 llagi pertanyaan dari Helmi.”papa adik dah takde la,papa adik dah meninggal,mama cakap,kan mama kan,’ sambil memelukku. “ Awak,kenapa awak tak bagitahu semua ni,saya dari dahulu sampai sekarang masih menunggu awak,besar sangat ke salah saya awak,sampai awak siksa saya macam ni,” kata Helmi kepadaku. “Maafkan saya awak,mungkin salah saya sebab melarikan diri dan ikut kemarahan saya,5 tahun saya menghilangkan diri,saya ingat awak dah bahagia dengan perempuan tu,jadi saya kawin dengan pilihan keluarga tapi sayang nya Allah lebih sayangkan dia,satu demi satu cubaan kat saya,’air mata ku mengalir membasahi pipi. Tak dapat aku meneruskan kata-kata,hanya airmata yang mengalir membasahi pipi.”Maafkan saya,awak.tuhan tu dah menemukan kita kembali,dan cinta saya terhadap awak tak pernah pudar,saya bukan berdiam diri,tapi saya malu nak berjumpa awak,kerana saya tak pernah menghargai awak selama ni,saya sudi jadikan awak isteri walaupun awak pernah di miliki insan lain,tapi cinta saya terhadap awak tak pernah pudar,”. Helmi terus mendukung anakku dan dari situ cinta ku kepada Helmi kembali kembang mewangi,terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah berikan aku kebahagiaan di akhirnya.”adik,lepas ni adik tak payah paggil pakcik lagi,nanti adik kena paggil papa,boleh?,.kata helmi sambil mencubit pipi anakku.” Mama,nanti adik dapat papa baru,hooorey,ok papa,adik sayang papa,adik rindu sangat,dah lama adik takda papa,kan mama. Aku hanya tersenyum riang. Insan yang pernah ku cintai kini kembali menyayangiku..ku anggap semua ini suratan dariNya. Sekian……….



No comments:

Post a Comment